mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – CELIK ICT (Q2 2024)

Nama Pelajar: MAAZ MUSTOFA BIN MOHD FAIRDAUS
Umur: 8 Tahun
Tahun Keahlian: 2019

LATAR BELAKANG PELAJAR

Adik Mustofa berumur 7 tahun merupakan pelajar tahun 1 Sekolah Kebangsaan Budu dan merupakan pelajar yang aktif. Beliau merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Beliau sering dating ke NADI Kg Budu untuk melayari internet, dan memyiapkan tugasan NILAM

SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Beliau seperti kanak-kanak biasa yang tidak tahu menggunakan tetikus dan papan kekunci Komputer dan memerlukan bantuan petugas untuk membuka dan menutup komputer

SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Beliau kini boleh mengendalikan komputer dengan sendiri, malah boleh menggunakan e-sport Bersama rakan-rakan yang lebih tua daripadanya. Lebih mengagumkan beliau boleh memberi tunkuk ajar kepada rakan-rakan yang lebih tua untuk menggunakan e-sport. Hasil dari tunjuk ajar dari petugas NADI yang menerapkan penggunaan e-sport secara sihat, Mustofa kini dapat menguasai Bahasa inggeris dengan sangat baik terutamanya dari segi pertuturan. Paling mengujakan Mustofa kini berupaya untuk mengisi sendiri database AINS NILAM untuk merekodkan rekod bacaan buku beliau.Walaupun beliau kerap
hadir bermain e-sport, ini tidak menyebabkan pelajaranya terjejas buktinya beliau mendapat 8A didalam ujian KAFA pertengahan tahun 2024. Beliau diajar membuat video serta kemahiran insaniah dan hasilnya beliau mendapat tempat kedua didalam sekolah dalam pertandingan video hari guru. Untuk kanak-kanak
seuumurnya, ini adalah satu pencapaian yang amat baik.