mcmc
Persatuan Belia

Gerakan Belia 4B Cawangan Budu Baru

Belia Harapan Bangsa

Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM) Cawangan Budu Baru yang ditubuhkan pada 20 Jun 2011 merupakan antara penggerak utama pembangunan belia di Kampung Budu Baru, Benta, Kuala Lipis. Cawangan ini diterajui oleh Saudara Ahmad Faizal bin Rosele selaku Pengerusi dan dibantu oleh En. Firdaus bin Ramli, dengan sokongan penuh ahli-ahli belia kampung.

Belia merupakan tonggak komuniti Budu Baru, aktif melibatkan diri dalam pelbagai program dan aktiviti kampung, antaranya:

💠 Khidmat Komuniti & Sosial

  • Gotong-royong kampung dan pembersihan kubur

  • Pengurusan perkuburan dan bantuan urusan jenazah

🏐 Sukan & Rekreasi

  • Bola sepak, bola jaring, badminton, karom

  • Program kesihatan seperti “10,000 Langkah”, memancing, dan water tubing

💼 Keusahawanan & Pengurusan

  • Menyediakan perkhidmatan air balang, PA sistem, kedai makan

  • Mengurus dan menyewakan dewan kampung untuk majlis dan acara

🕌 Keagamaan & Sambutan

  • Program “Subuh Macam Jumaat”, ibadah korban

  • Sambutan dan perarakan Maulidur Rasul

🏫 Kerjasama Komuniti Sekolah

  • Aktif membantu menjayakan Karnival Sukan Dwi Tahunan SK Budu

Dengan semangat kesukarelawanan dan perpaduan, GB4BM Cawangan Budu Baru terus komited memacu kesejahteraan dan pembangunan komuniti melalui tenaga muda yang berdaya saing dan berjiwa rakyat.

 

Gambar

                             

Aktiviti – Aktiviti Belia