ESPORT – Webinar 2D Animation II
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa webinar NADI e-Sukan bagi bulan Mei 2026 akan diadakan dengan tajuk 2D Animation II, yang akan disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy, penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi dan pembangunan visual.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan lanjutan berkaitan animasi 2D, termasuk teknik pergerakan watak, timing dan spacing, aliran animasi serta proses penambahbaikan visual bagi menghasilkan kandungan animasi yang lebih menarik dan tersusun.
Butiran Kelas
Tarikh: Sabtu, 23 Mei 2026
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Lokasi: Google Meet
Link 1: https://meet.google.com/qsp-yghz-aim
Link 2: akan diberi melalui kumpulan Whatsapp sekiranya Link 1 telah penuh
Penceramah: Encik Faizal Hakimmy
Manfaat Penyertaan
• Memahami teknik lanjutan animasi 2D
• Mempelajari asas timing, spacing dan pergerakan animasi
• Pendedahan kepada proses penambahbaikan visual animasi
• Sesuai untuk peserta kreatif, animasi, kandungan digital & e-sukan
• Sijil penyertaan disediakan
Peraturan Kelas (WAJIB DIPATUHI)
• Mikrofon hendaklah dalam keadaan mute sepanjang sesi kecuali apabila diberi ruang untuk bercakap
• Ruangan chat hanya untuk perkara berkaitan
• Peserta yang mengganggu sesi akan dikeluarkan dan tidak layak menerima sijil
Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua petugas NADI
