KISAH KEJAYAAN – CELIK ICT (Q1 2024)
| Nama Pelajar | : MUHAMMAD REJAB AL-HAKIM BIN RAZALI |
| Umur | : 12 Tahun |
| Tahun Keahlian | : 2019 |
LATAR BELAKANG PELAJAR
Adik Muhammad Rejab Al-Hakim Bin Razali atau lebih dikenali sebagai Rejab merupakan anak sulung dari 2 beradik dan merupakan anak yatim kerana telah kehilangan ayahnya pada tahun 2022 akibat kanser perut.Rejab dibesarkan oleh ibunya Puan Rohaizan. Rejab merupakan anak kelainan upaya (OKU) pembelajaran dan belajar di Kelas Pendidikan Khas, SK Benta. Walaupun dengan kekurangan pembelajaran di dalam subjek teras, Rejab menunjukkan minat mendalam dalam pembelajaran computer.
SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
Pada awal perkenalan Rejab dengan NADI Kg Budu, Rejab tidak berupaya mengendalikan komputer dengan sendiri dan memerlukan perhatian khas oleh petugas PEDi
SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
Rejab rajin hadir ke NADI Kg Budu dan mengikuti kelas computer dan ICT yang dianjurkan oleh NADI Kg Budu dengan cemerlang., dan sekarang alhamdulillah, Rejab sudah boleh membuka komputer, mengendalikan aplikasi internet, permainan internet, e-pembelajaran dan kuiz atas talian dengan baik tanpa bantuan petugas NADI.