mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – CELIK ICT (Q1 2025)

Nama Pelajar: NUR AFIA AQEELA BINTI HAIMI
Umur: 7 Tahun
Tahun Keahlian: 2025

LATAR BELAKANG PELAJAR

Nur Afia Aqeela binti Haimi merupakan murid Tahun 1 di SK Kemahang. Beliau seorang yang ceria dan bijak tetapi pemalu. Sering ditemani abangnya ketika menyertai aktiviti di NADI Kg. Budu.

SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Beliau sukar menggunakan komputer tanpa bantuan dan memerlukan abang untuk membimbingnya semasa tugasan e-pembelajaran atau menonton video. Namun, beliau menunjukkan minat dan perkembangan positif dalam pembelajaran digital.

SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Kini, beliau boleh mengendalikan komputer sendiri, menggunakan papan kekunci, membuat carian di internet, dan memilih video kegemaran. Beliau semakin bijak mengeja, menggunakan nombor, dan lebih yakin dalam dunia digital.