mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – CELIK ICT (Q3 2024)

Nama Pelajar: MUHAMAD ADEEB AQIL BIN SHAMSUL
Umur: 11 Tahun
Tahun Keahlian: 2019

LATAR BELAKANG PELAJAR

Muhamad Adeeb Aqil bin Shamsul merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Budu dan telah menjadi ahli NADI Kg. Budu sejak tahun 2019. Beliau aktif menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan, khususnya dalam bidang ICT.

SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Sebelum melibatkan diri dengan NADI, beliau menghadapi kekurangan kemahiran asas ICT seperti menggunakan komputer, melayari internet dan perisian asas. Namun, dengan bimbingan NADI, beliau berjaya menguasai kemahiran ini.

SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Selepas aktif bersama NADI, beliau mahir dalam Microsoft Office, carian maklumat di internet, menyertai bengkel ICT dan STEM. Ini meningkatkan keyakinan serta kemahiran dalam grafik, pembelajaran digital dan interaksi.