mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – KEUSAHAWANAN (2024)

Nama Usahawan: MOHD FAIRDAUS BIN MUSTAPA
Umur: 39 Tahun
Tahun Keahlian: 2018

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Beliau merupakan anak kelahiran Felda Keratong 8 dan mula menceburi bidang pembuatan dodol dari ibu mertuanya sejak tahun 2012 dan mula serius dalam mengembangkan perniagaan semasa musim PKP covid -19 pada tahun 2020.

SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER


Sebelum ini beliau berniaga secara kecik-kecilan di Pekan Sari dan mengambil tempahan melalui panggilan telefon.

SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Dengan penglibatan ICT serta program & latihan yang disertai oleh beliau di NADI seperti Kelas Asas Keusahawanaan, Kelas Shopee dan Kelas ICT NADI, kelas pembungkusan produk, dan yang terbaru kelas LIVE tiktok membuatkan jualan beliau meningkat 5 kali ganda dari biasa