mcmc
Maklumat Setempat

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG.BUDU

 

PENGENALAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu usaha dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
  • Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI

Warga komuniti kini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya perlu mengunjungi NADI dan menggunakan kemudahan jalur lebar yang telah disediakan. NADI juga menawarkan latihan ICT (Information and Comminications Technology) secara percuma kepada individu yang berdaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, NADI juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, percetakkan, imbasan dokumen, fotostat, laminate dan zon internet tanpa wayar.

 

  • Asas Penggunaan Komputer
  • Asas Internet
  • Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Dekstop Publishing (Microsoft office)
  • Latihan keusahawanan
  • Latihan ILES (Intel Learn easy step) & E-BASIC (Keusahawanan)
  • STEM & IOT
  • KEMAHIRAN INSANIAH

 

ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Membayar bil-bil semasa melalui perbankan internet
  • Melakukan urusan jual beli secara atas talian
  • Mendapatkan pelbagai maklumat am
  • Mengiklanlan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan

WAKTU BEROPERASI

9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Biasa)

8.00 Pagi – 5.00 Petang (Bulan Ramadhan)

Cuti Umum – Tidak Beroperasi

Waktu Rehat  1.00 Petang – 2.00 Petang (Hari Biasa)

                       12.30 Tengahari – 2.30 Petang (Jumaat)