MAKLUMAT NADI KG BUDU

Maklumat NADI | 26 June 2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.