Kesihatan

MEROKOK MENINGKATKAN RISIKO COVID-19

85237518_771661566571951_7044458050110881792_n.jpg

Mohon kepada perokok untuk mempertimbangkan nasihat penting ini ??

Tabiat merokok telah terbukti mengakibatkan pelbagai jenis penyakit serta boleh melemahkan sistem imuniti

WHO melalui kenyataan yang telah dikeluarkan pada 27 Mei 2020, dan disokong dengan beberapa kajian yang dijalankan mendapati golongan perokok adalah berisiko TINGGI untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti virus COVID-19.

COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosotkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan Coronavirus dan penyakit- penyakit lain.
.

Penelitian dan analisa awal berkaitan sejarah merokok telah dijalankan ke atas 86 kes daripada 115 kes COVID-19 yang telah meninggal dunia di Malaysia, didapati 19.8 peratus adalah terdiri daripada golongan perokok.

KKM berharap agar lebih ramai lagi perokok proaktif dan mengambil tanggungjawab untuk bertindak segera demi menjaga kesihatan diri sendiri.

Layari laman sesawang www.jomquit.com