Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

LAPORAN AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2026

27 March 2026 Laporan Aktiviti

1. Kidsventure Tarikh Masa Tempat Peserta 7, 21, 26 & 28 Februari 2026 Mengikut sesi NADI / Atas Talian Kanak-kanak & Remaja Objektif:Menggalakkan pemikiran keusahawanan, kreativiti serta kemahiran asas perniagaan […]

Baca lanjut →

WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 6

📢 WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 6 📢 Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! 🌟 Adakah anda masih keliru dengan topik Laju dan Pecutan serta Gabungan Operasi Set? Tak pasti […]

Baca lanjut →

WEBINAR EKELAS MARCH

Modul 1: Strategi Pemasaran Digital Tarikh: Isnin, 30 March 2026 Masa: 10:00 pagi – 11:00 pagi Lokasi: Zoom Pautan Pendaftaran Webinar: bit.ly/eku300326am Modul 2: Asas Visual Komunikasi Tarikh: Isnin, 30 […]

Baca lanjut →

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KG BUDU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

19 March 2026 Jadual Aktiviti

🌙✨ MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA ✨🌙 Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026, dimaklumkan bahawa NADI Kampung Budu akan ditutup sementara pada: 📅 19 – 23 Mac 2026 📍 Operasi […]

Baca lanjut →

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KG BUDU SEMPENA HARI NUZUL AL-QURAN

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Budu akan ditutup sementara pada 7 Mac 2026 (Sabtu) bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran. NADI Kg. Budu akan beroperasi semula […]

Baca lanjut →

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐡𝐢𝐫 – 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 @ 𝐍𝐀𝐃𝐈, 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐡𝐢𝐫 – 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 @ 𝐍𝐀𝐃𝐈, 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 Program menarik khas untuk komuniti NADI! Semua sesi bersiaran langsung dari YouTube Studio NADI Mahir. Jom ajak ahli komuniti join Senarai […]

Baca lanjut →

WEBINAR NADI x CYBERSECURITY BAGI BULAN MAC 2026

JEMPUTAN LIVE WEBINAR NADI x CYBERSECURITY BAGI BULAN MAC 2026 BAHAYA SERANGAN MALWARE Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Anda dijemput untuk menyertai sesi Live Webinar anjuran NADI x Cybersecurity yang akan […]

Baca lanjut →

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KG BUDU SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026

15 February 2026 Jadual Aktiviti

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI Dimaklumkan bahawa operasi NADI Kampung Budu akan ditutup sementara pada 17 – 18 Februari 2026 (Selasa – Rabu) sempena Cuti Umum Tahun Baharu Cina. NADI Kampung […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya