Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS – EDISI 6

21 January 2026 Pendidikan

WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS – EDISI 6 Hello pelajar Tingkatan 1 hingga 3! Selalu rasa susah nak faham soalan Bahasa Inggeris walaupun tahu asas tatabahasa? Tak perlu English yang sempurna […]

Baca lanjut →

12 January 2026 Uncategorized
Baca lanjut →

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA)

9 January 2026 Maklumat Am

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) memperkukuh tanggungjawab platform digital demi keselamatan pengguna. Perlindungan kanak-kanak diutamakan, kandungan memudaratkan wajib ditangani. Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama. #MCMC #NADIMCMC […]

Baca lanjut →

NADI KIDSVENTURE 2026

Didik anak jadi usahawan cilik sejak awal! Program menyeronokkan untuk kanak-kanak 7–17 tahun yang berminat dalam dunia perniagaan melalui: Pelan Perniagaan Mini Bijak Kewangan Operasi Perniagaan Pemasaran Terbuka kepada warganegara […]

Baca lanjut →

WEBINAR BERKALA SAINS – EDISI 2

6 January 2026 Pendidikan

πŸ“’ WEBINAR BERKALA SAINS – EDISI 2🎯 Topik: Daya dan GerakanπŸ‘©β€πŸŽ“πŸ‘¨β€πŸŽ“ Khas untuk pelajar Tingkatan 4 & 5Ingin faham konsep Daya & Gerakan dengan lebih mudah dan menyeronokkan?Jom sertai webinar […]

Baca lanjut →

ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL

🚨 ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITALπŸ’» NADI x Cybersecurity Lifelong LearningAdakah anda sedar betapa mudah data peribadi terdedah kepada penipuan, penggodaman & kebocoran maklumat?Jom tingkatkan kesedaran dan lindungi diri anda […]

Baca lanjut →

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KG BUDU SEMPENA TAHUN BARU 2026

31 December 2025 Jadual Aktiviti

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA Dimaklumkan bahawa NADI Kampung Budu akan ditutup pada 01 Januari2026 (Jumaat) sempena Hari Tahun Baru ,Operasi akan kembali berjalan seperti biasa pada hari berikutnya. Sekian, harap maklum.

Baca lanjut →

CYBERSECURITY: AWAS! RISIKO KAMERA TERSEMBUNYIΒ 

17 December 2025 Maklumat Am

 AWAS! RISIKO KAMERA TERSEMBUNYI  Tahukah anda? Kamera tersembunyi boleh mengancam privasi, keselamatan dan kesejahteraan kita tanpa disedari. Jom sertai sesi Kesedaran Keselamatan Siber bersama NADI Cybersecurity untuk mengetahui: Apakah itu kamera tersembunyi Risiko […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya