Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

NAFAS BERBAU

27 July 2026 Kesihatan

Ramai yang menganggap nafas berbau, gigi sensitif atau plak hanyalah masalah kecil. Hakikatnya, ia boleh menjadi tanda awal bahawa kesihatan mulut anda memerlukan perhatian. Dalam episod ini, kami membincangkan:βœ… Punca […]

Baca lanjut →

“Masih simpan antibiotik yang berbaki? Jangan guna semula tanpa nasihat doktor.

Ramai yang menyimpan baki antibiotik dengan harapan boleh digunakan apabila jatuh sakit lagi. Hakikatnya, tindakan ini boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan. Dalam video ini, kami kongsikan 3 sebab kenapa antibiotik […]

Baca lanjut →

Mahir Short Learning Series (SLS) Julai (Q3 2026)_πŸ§‘πŸ»β€πŸ³ Mahir Masak

Tajuk SLS – CITARASA NYONYA: AYAM INCHAE KAY BIN & CUCUR BAWANG ISTIMEWA πŸ‘¨β€πŸ³πŸ—πŸ§… Jom pelajari cara menyediakan hidangan Nyonya yang kaya dengan rasa serta penuh keunikan warisan tempatan. πŸ“… […]

Baca lanjut →

Asma Dewasa : Semput Bukan Selalu Sebab Panik | W166

Sesak nafas tiba-tibaβ€”asma, serangan panik atau masalah lain?Asma bukan hanya berlaku pada kanak-kanak. Orang dewasa juga boleh mengalaminya dengan gejala seperti sesak nafas, bunyi berdehit (wheezing), batuk berulang, dan dada […]

Baca lanjut →

Belajar Tendangan Muay Thai (Teep) Untuk Beginner | E099

Nak belajar Muay Thai? Mulakan dengan teep atau tendangan hadapan, iaitu antara teknik asas yang paling penting untuk setiap beginner. Dalam episod ini, anda akan belajar cara melakukan tendangan teep […]

Baca lanjut →

Mata Nampak Bayang Terapung? Bila Perlu Diperiksa | S148

Nampak titik hitam, benang halus atau bayang terapung dalam penglihatan? Keadaan ini dikenali sebagai eye floaters. Floaters selalunya berlaku akibat perubahan semula jadi dalam mata dan mungkin tidak berbahaya. Namun, […]

Baca lanjut →

Belajar Lebih Bijak dengan AI

18 July 2026 Aktiviti Semasa

πŸ€– AI Smart Study Lab πŸ“šβœ¨ Belajar Lebih Bijak dengan AI! Nak belajar dengan lebih teratur, pantas dan produktif? 🀩Jom sertai AI Smart Study Lab dan pelajari cara memanfaatkan teknologi […]

Baca lanjut →

Memperkasa Komuniti – Jana Jana Pendapatan dengan AI

πŸ’ΌπŸ€–Memperkasa Komuniti – Jana Jana Pendapatan dengan AI πŸš€ Jana Pendapatan dengan AI! Teknologi AI membuka pelbagai peluang baharu untuk menjana pendapatan πŸ’‘πŸ’° Sertai program ini dan pelajari bagaimana AI […]

Baca lanjut →

AI Power – Rahsia Mendapatkan Tajaan dan Dana Projek dengan Mudah

πŸ’°πŸ€– AI Power – Rahsia Mendapatkan Tajaan dan Dana Projek dengan Mudah πŸ“’ Ada idea projek tetapi perlukan dana? Jom pelajari bagaimana AI boleh membantu anda menghasilkan dokumen dan strategi […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya