Utama

NADI KG BUDU yang beralamat Bangunan Balai JKKK Kg Budu ,Benta merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Kluster Lipis yang telah beroperasi sejak 2013 sehingga sekarang. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).

OBJEKTIF PENUBUHAN NADI antaranya ialah menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan,memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet,meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Selain itu, dengan adanya NADI,jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan dan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)

Laporan Aktiviti Ogos 2018 : Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan Bersama Murid Pra Sekolah SK Budu

5 September 2018 Laporan Aktiviti

  Tarikh    : 29 Ogos 2018 Masa     : 9.00 am – 12.00 pm Lokasi   : PI Kg.Budu Peserta : Murid Pra Sekolah     Tujuan : […]

Baca lanjut →

Laporan Aktiviti Ogos 2018 : Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan

  Tarikh    : 18 Ogos 2018 Masa     : 3.00 pm – 5.50 pm Lokasi   : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah     Tujuan : Sempena […]

Baca lanjut →

Laporan Aktiviti Julai 2018 :Pertandingan Kuiz Advokasi Jawab Dan Menang

31 July 2018 Laporan Aktiviti

  Tarikh    : 20 Julai 2018 Masa     : 3.30 – 5.00 Petang Lokasi   : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Tujuan : Pertandingan Kuiz Advokasi ini […]

Baca lanjut →

Laporan Aktiviti Julai 2018 :Dashboard Komuniti & Kuiz Dashboard Komuniti

  Tarikh    : 21 Julai 2018 Masa     : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari Lokasi   : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Tujuan : Kelas Dashboard Komuniti […]

Baca lanjut →

Awareness : HFMD

24 July 2018 Kesihatan

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa […]

Baca lanjut →

CELIK IT – SUKU KEDUA 2018

8 July 2018 Kisah Kejayaan

CELIK IT  Nama: Munisah Binti Md.Isa Umur: 51 Tahun Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet    Latar belakang Puan Munisah bekerja di Mahkamah Majistret Raub. Sebelum ini kerja beliau tidaklah […]

Baca lanjut →

KEUSAHAWANAN 2 – SUKU KEDUA 2018

KEUSAHAWANAN Nama: Puan Nik Nazura Nik Min Umur: 35 Tahun Usahawan: Peniaga Kuih Muih   Latar belakang Puan Nik Nazura ialah peniaga makanan di Pasar Pagi Benta. Beliau telah mula […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya