Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
KEUSAHAWANAN 2 – SUKU KETIGA 2019
KEUSAHAWANAN Nama:Siti Hazimah Nadzirah Binti Hamdan Umur: 29 Tahun Usahawan: Menjalankan perniagaan barangan kecantikan dalaman ( Jamu Juanita, Herba Hero Malaya) Latar belakang Puan Siti Hazimah Nadzirah berasal dari […]
CELIK IT – SUKU KETIGA 2019
CELIK IT Nama: Syamimie Nurian Aien Umur: 10 Tahun Celik IT: Belajar Internet dan Menaip Latar belakang Syamimie Nurian Aien adalah murid tahun 10, dan masih bersekolah di sekolah jenis kebangsaan […]
KEUSAHAWANAN 2 – SUKU KETIGA 2019
KEUSAHAWANAN Nama:Siti Hazimah Nadzirah Binti Hamdan Umur: 29 Tahun Usahawan: Menjalankan perniagaan barangan kecantikan dalaman ( Jamu Juanita, Herba Hero Malaya) Latar belakang Puan Siti Hazimah Nadzirah berasal dari […]
Laporan aktiviti November 2019 – Advokasi MCMC, KDB, Dashbaoard Dan E Waste- Taklimat KDB (Membina Kebingkasan) Di Program Bijak ICT SMK Merapoh
Tarikh : 15 November 2019 Masa : 8.30 Pagi – 12.00 T/hari Lokasi : Dewan Asrama SMK Merapoh Peserta : Pelajar SMK Merapoh Tujuan: 1. Untuk memaklumkan […]
Laporan aktiviti November 2019 – Program Pasca Perperiksaan SK Budu
Tarikh : 10 November 2019 Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg.Budu Peserta : Sekolah Rendah Kebangsaan Kg.Budu Tujuan: 1. Untuk […]
KEUSAHAWANAN – SUKU KETIGA 2019
KEUSAHAWANAN Nama: Adillah Fatihah Umur: 28 Tahun Usahawan: Barangan Keperluan Rumah Latar belakang Puan Adilah Fatihah binti Azmi berasal dari Kecau Tui, Kuala Lipis, merupakan surirumah sepenuh masa,Walaubagaimanapun minatnya di […]


