Utama

NADI KG BUDU yang beralamat Bangunan Balai JKKK Kg Budu ,Benta merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Kluster Lipis yang telah beroperasi sejak 2013 sehingga sekarang. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).

OBJEKTIF PENUBUHAN NADI antaranya ialah menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan,memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet,meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Selain itu, dengan adanya NADI,jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan dan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)

Aktiviti Pusat Internet Kg.Budu

27 November 2014 Jadual Latihan & Aktiviti

Akan dikemaskini oleh petugas dalam masa terdekat.

Baca lanjut →

UTAMA

20 November 2014 Maklumat Komuniti

Tahun lalu, sebuah kenderaan dengan kamera berdefinisi tinggi (HD) siap dipasang di atasnya mula merantau ke seluruh negara dengan satu tujuan iaitu merakam hampir semua jalan yang berada di negara […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

01 Apr
April 1 - April 30

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya