Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

TINY TECHIES 2026 : Python in Animation S4

3 July 2026 Aktiviti Semasa

πŸš€ TINY TECHIES 2026 KELAS JULAI Q3 (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur 🟑 Python in Animation S4Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif […]

Baca lanjut →

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT

2 July 2026 Aktiviti Semasa

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT CHECKOUT ATAU CHECK DULU? Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu) Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi Platform: Atas talian (NADI Book) Pautan: https://nadibook.my Topik Webinar: * Cara […]

Baca lanjut →

πŸ“Œ Bukan Saja-Saja Mengada Terguling Masa Period!Hakikat Sebenar Endometriosis

1 July 2026 Kesihatan

Sakit period sampai terguling bukan benda yang patut dianggap β€œbiasa-biasa” sahaja. Ada masanya, senggugut yang terlalu kuat boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan seperti endometriosis β€” keadaan yang boleh menjejaskan […]

Baca lanjut →

Bangun tidur tangan kebas sampai kena goncang-goncang dulu? 😳

Jangan terus anggap sebab salah tidur. Ia mungkin tanda awal Carpal Tunnel Syndrome β€” keadaan di mana saraf di bahagian pergelangan tangan tertekan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian:βœ… Kebas […]

Baca lanjut →

πŸ“’βœ¨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI 48 KINI DIBUKA!

βœ… Video on Demand – Revision Video khas untuk anda !πŸ“… Tarikh : 1-5 Julai 2026⏰ Waktu: Fleksibel – ikut jadual anda sendiri! πŸŽ₯ Akses rakaman kelas dan boleh ulang […]

Baca lanjut →

WEBINAR ON DEMAND CYBERSECURITY : Bahaya Memberi Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain

🚨 WEBINAR ON DEMAND 🚨 Bahaya Memberi Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain Kad Pengenalan (MyKad) mengandungi maklumat peribadi yang sangat penting. Memberikannya kepada individu yang tidak dikenali atau pihak […]

Baca lanjut →

PROGRAM BARU NADI MAHIR: MAHIR PROMPT ENGINEER

πŸ“’ PROGRAM BARU NADI MAHIR: MAHIR PROMPT ENGINEER πŸ€–βœ¨ Seiring dengan seruan YB Menteri Komunikasi, NADI Mahir kini memperkenalkan program baharu: πŸš€ 1 NADI, 1 PROMPT ENGINEER Program ini diwujudkan […]

Baca lanjut →

PROGRAM BARU NADI MAHIR: MAHIR MICROSOFT

πŸ“’ PROGRAM BARU NADI MAHIR: MAHIR MICROSOFT πŸ’»βœ¨ Ingin meningkatkan kemahiran komputer dan menjadi lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft? Kini, NADI Mahir memperkenalkan program baharu iaitu Mahir Microsoft! πŸŽ‰ πŸ“š […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya