Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
Kesihatan
Kesihatan Klinik Desa Kampung Budu mula beroperasi pada tahun 1962, dan dirasmikan pada tahun 1964. Dahulu dikenali sebagai Rumah Bidan, tetapi setelah digantikan dengan bangunan baharu pada tahun 2001, ‘Rumah […]
Pendidikan
Pendidikan Prasarana pendidikan memberikan sumbangan perkhidmatan penting kepada masyarakat setempat yang merangkumi tahap proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua buah sekolah di kawasan Kampung Budu iaitu Sekolah Kebangsaan Budu dan […]
Keselamatan
Keselamatan Dari segi keselamatan, Kampung Budu telah menubuhkan gerakan sukarelawan iaitu Skim Rondaan Sukarela. Ia telah ditubuhkan bagi menjaga keselamatan kampung dengan menjalankan aktiviti pemantauan dengan melakukan rondaan pada setiap […]
Keusahawanan
Keusahawanan Selain terlibat dengan aktiviti pertanian dan perladangan, terdapat juga penduduk yang menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Antara perusahaan yang terkenal termasuk membuat dodol dan pembuatan kuih sejuk […]
Pelancongan
PELANCONGAN Terdapat pelbagai destinasi yang menarik untuk tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi kerana mempunyai pelbagai daya tarikan seperti air terjun, gua batu kapur, keunikan flora dan fauna serta hidupan liar. […]
Gerakan Belia 4B Cawangan Budu Baru
Belia Harapan Bangsa Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM) Cawangan Budu Baru yang ditubuhkan pada 20 Jun 2011 merupakan antara penggerak utama pembangunan belia di Kampung Budu Baru, Benta, Kuala Lipis. […]
Wanita Hari Ini
Pergerakan wanita di setiap kampung bukan sahaja melibatkan hal-hal kewanitaan, malah bergerak seiring dengan perkembangan semasa dalam sama-sama menjayakan sesuatu pertubuhan mahupun aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Begitu juga di Kampung Budu, […]
Asal Usul Kampung Budu
Tidak banyak bukti yang berasas untuk menyokong sejarah kewujudan Kampung Budu Secara kronologi. Ada yang mengatakan Kampung Budu wujud sejak zaman berzaman dan dihuni oleh beberapa kumpulan orang Asli. […]


