Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan […]
MESYUARAT AGUNG PERKUMPULAN WANITA KAMPUNG BUDU (PWPK/ WI / KPW)
MESYUARAT AGUNG PERKUMPULAN WANITA KAMPUNG BUDU (PWPK/ WI / KPW) TAHUN 2016 KALI KE 9 Tarikh :8 hb Mac 2016 Hari : Selasa Masa : 2.30 Petang Tempat :BalaiRaya Kampung […]
Produk Tempatan
GULA KABUNG Selain nilai sejarah, Kampung Budu juga mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu perusahanan gula kabung yang sibuat oleh penduduk Kampung.Malah, perusahaan itu menjadi anatara punca pendapatan utama beberapa penduduk […]
AKTIVITI PROGRAM /KELAS / AKTIVITI JAN2015
JAN 2015 KELAS KEUSAHAWANAN RANCANGAN PERNIAGAAN RANCANGAN PERNIAGAAN MICROSOFT WORD (SURAT PERNIAGAAN ) MICROSOFT WORD (SURAT PERNIAGAAN )
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2014
1MTRIS PIKYA -RUMAH ANAK-ANAK YATIM , KUALA LIPIS PIKYA -RUMAH ANAK-ANAK YATIM , KUALA LIPIS GOLONGAN MUBARAK DAN KOMUNITI LUAR BANDAR KOMUNITI LUAR BANDAR GOLONGAN […]
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2013
KELAS PAINT KELAS MICROSOFT MS WORD MS POWER POINT GOOGLE TRANSLET MOVIE MAKER GMBO MESYUARAT AJK EMAIL […]
Kesihatan
Kesihatan Klinik Desa Kampung Budu mula beroperasi pada tahun 1962, dan dirasmikan pada tahun 1964. Dahulu dikenali sebagai Rumah Bidan, tetapi setelah digantikan dengan bangunan baharu pada tahun 2001, ‘Rumah […]
Pendidikan
Pendidikan Prasarana pendidikan memberikan sumbangan perkhidmatan penting kepada masyarakat setempat yang merangkumi tahap proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua buah sekolah di kawasan Kampung Budu iaitu Sekolah Kebangsaan Budu dan […]
Keselamatan
Keselamatan Dari segi keselamatan, Kampung Budu telah menubuhkan gerakan sukarelawan iaitu Skim Rondaan Sukarela. Ia telah ditubuhkan bagi menjaga keselamatan kampung dengan menjalankan aktiviti pemantauan dengan melakukan rondaan pada setiap […]


