PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2026
Pelaksanaan Program NADI Keusahawanan – Pencarian Ikon Usahawan NADI 2026 bagi Suku Tahun Kedua (Q2) telah bermula pada 1 April 2026. Program ini diteruskan pada bulan Mei dengan pelaksanaan aktiviti yang lebih berimpak, di samping membuka ruang dan peluang kepada usahawan serta bakal usahawan dalam kalangan komuniti NADI untuk terus berkembang maju.

Syarat Penyertaan
Kriteria peserta adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 60 tahun
- Berdaftar sebagai ahli NADI
- Individu yang sedang menjalankan perniagaan (produk atau perkhidmatan)
- Syarikat berdaftar atau belum berdaftar adalah layak menyertai
- Mempunyai komitmen terhadap pertumbuhan perniagaan / syarikat
- Bersedia menghadiri semua sesi aktiviti yang telah disusun termasuk Video Pra Latihan, Video Pasca Latihan, Podcast, dan Webinar