WELLBEING CARE: Kencing pedih tapi malu nak cakap?

Kesihatan | 6 July 2026

Jangan tunggu sampai demam baru nak check. Kencing pedih boleh jadi salah satu tanda jangkitan saluran kencing atau UTI, terutama jika disertai rasa terbakar ketika membuang air kecil, kerap rasa nak kencing, tetapi air kencing keluar sedikit sahaja.

Dalam video ini, kita kongsikan beberapa tanda UTI yang ramai orang selalu abaikan.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian:
✅ Rasa pedih atau terbakar ketika kencing
✅ Kerap rasa nak kencing walaupun keluar sedikit
✅ Air kencing menjadi keruh atau berbau kuat
✅ Air kencing kelihatan kemerahan atau berdarah
✅ Demam, menggigil, loya atau muntah
✅ Sakit belakang atau sakit di bahagian sisi badan

Jika kencing pedih datang bersama demam, menggigil, muntah atau sakit belakang, jangan tunggu terlalu lama. Ini boleh menjadi tanda jangkitan mungkin sudah melibatkan buah pinggang dan perlu diperiksa oleh doktor.

Jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan. Lagi awal dikesan, lagi mudah untuk dirawat.

Tonton video ini sampai habis untuk kenal tanda-tanda UTI yang tidak patut diabaikan.

🔔 WAJIB daftar melalui 2 kaedah:

Google Form 👉 https://forms.gle/1pdoTFsqsjV2cH3C9

NES (MCMC) 👉 Cari aktiviti dalam NES guna KOD sahaja: S142