Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
Bahaya Selalu Makan Ubat Tahan Sakit | S134
Selalu ambil ubat tahan sakit bila pening, demam atau badan tak sedap? Paracetamol memang biasa digunakan dan selamat jika ikut dos yang betul. Tapi yang bahaya bila kita ambil terlalu […]
๐ข WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT๐ต๏ธโโ๏ธ CYBER TRAP: RAHSIA DI SEBALIK SKRIN
๐ Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)โฐ Masa: 10.00 pagi โ 11.00 pagi๐ป Platform: Atas talian (NADI Book)๐ Pautan: https://nadibook.my ๐ Topik Webinar: ๐ Setiap NADI WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 5 orang […]
Anak & Gadget : Apa Peranan Ibu dan Bapa | W151
Anak susah makan kalau tak ada YouTube?Mudah tantrum bila telefon diambil?Asyik minta gadget walaupun baru lepas guna? ๐ญ๐ฑ Gadget bukan musuh, tetapi penggunaannya perlu dipantau โ terutama bila melibatkan perkembangan […]
KELAS NADI E-SUKAN (LMS)
๐ข MAKLUMAN KELAS NADI E-SUKAN (LMS) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan bahawa kelas kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: ๐น Laluan Kerjaya Dalam Industri E-Sukan๐ Tarikh: […]
DAFTAR MENJADI AHLI DI APP NADI
Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! Anda hanya perlu: Download aplikasi NADI Daftar sebagai ahli NADI Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi Pendaftaran kini lebih mudah […]
ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM
๐จ JEMPUTAN WEBINAR ON DEMAND ๐จ๐ ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Anda dijemput untuk menyertai Webinar On Demand bertajuk โAncaman Siber di Tempat Awamโ yang dianjurkan […]
GALERI TOK GAJAH Kampung Budu, Mukim Budu, Kuala Lipis, Pahang
Galeri Tok Gajah merupakan salah satu lokasi warisan sejarah yang penting di Kampung Budu, Mukim Budu, Kuala Lipis, Pahang. Galeri ini dibangunkan sebagai usaha memelihara serta memperkenalkan sejarah perjuangan Pahlawan […]


