Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
Kubu Parit Dalam -Kubu Mat Kilau
Kubu ini terletak di Kampung Parit Dalam, Mukim Budu, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Berdasarkan fakta sejarah, kubu ini pada asalnya merupakan sebuah saliran yang dibina oleh pelombong emas yang […]
Gout & Kolesterol: Cara Nikmati Daging Korban Dengan Selamat | W150
Raya Korban nanti nak makan daging, tapi risau gout menyerang atau kolesterol naik. Jangan risau, bukan tak boleh makan langsung — yang penting tahu cara makan dengan lebih selamat, berpada-pada […]
🔧 Tajuk SLS: Baiki Skrin iPhone “Servis Premium untuk Peranti Premium” ✨
Mahir Short Learning Series (SLS) Mei (Q2 2026)📱 Mahir Baiki Gajet Jom sertai sesi ini dan pelajari cara asas & teknik diagnos & baiki skrin iPhone 📲💡 📅 Tarikh: 25 […]
PENGUMUMAN NADI MAHIR
Hai semua, mohon hebahan kepada peserta mahir. Poster ini menerangkan tentang:
RAKAMAN LIVE: Ubat Obesiti : Fakta dan Strategi Pemakanan | W149
Ubat obesiti kini semakin banyak dibincangkan, tetapi adakah ia benar-benar sesuai untuk semua orang? Dalam sesi live webinar ini, kita akan memahami fakta penting tentang ubat obesiti serta bagaimana strategi […]
Cable Machine Explained | Cara Guna & Kesalahan Paling Biasa | E090
Cable machine nampak mudah, tapi kalau salah teknik… form boleh lari dan risiko cedera pun meningkat. Dalam episod ini, jom belajar cara guna cable machine dengan lebih betul dan selamat […]
LIVE WEBINAR 17 & 18 (PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN)
📅 Tarikh: 25 Mei 2026 (Isnin)⏰ Masa: 10.00 – 12.00 tengahari KUMPULAN 1Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang PEMASARAN (10.00 pagi – 11.00 pagi)👩🏫 Tenaga Pengajar: Syerie Noer Hidayaty […]
Cuti Sekolah & Anak Autism: Kenapa Perubahan Rutin Sangat Memberi Kesan | P084
Cuti sekolah kadang-kadang nampak macam masa untuk berehat, tapi untuk anak autism, perubahan rutin boleh jadi sangat mencabar. Dalam episod podcast Studio Sihat kali ini, kita bincangkan kenapa rutin penting […]
Mahir Baiki Gajet :Baiki Skrin iPhone “Servis Premium untuk Peranti Premium”
Mahir Short Learning Series (SLS) Mei (Q2 2026)📱 Mahir Baiki Gajet 🔧 Tajuk SLS: Baiki Skrin iPhone “Servis Premium untuk Peranti Premium” ✨ Jom sertai sesi ini dan pelajari cara […]
Penutupan sementara operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Budu
Makluman untuk komuniti. Penutupan sementara operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Budu bersempena Hari Hol Negeri Pahang pada 22 Mei 2026 (Jumaat) NADI Kampung Budu akan kembali beroperasi pada […]


