Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

Rokok Ganggu Hormon Lelaki? Fakta Yang Ramai Tak Sedar | S131

18 May 2026 Kesihatan

Rokok dan vape mungkin nampak biasa, tapi kesannya pada kesihatan lelaki boleh jadi serius. Dalam tips ini, kita kongsikan bagaimana nikotin dan bahan toksik boleh mengganggu saluran darah, stamina, kesuburan […]

Baca lanjut →

Alhamdulillah! Tahniah kepada Wakil NADI Kampung Budu Pertandingan Fotografi JENDELA Kehidupan sempena Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2026.

-A day to remember- Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Maaz Naeem bin Mohd Fairdaus, wakil NADI Kampung Budu dan pelajar SMA Al-Ulum Addiniah Dong, Raub, Pahang, atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan […]

Baca lanjut →

Kenali Neurofibromatosis Type 1 (NF1) β€” penyakit genetik jarang jumpa yang sering disalah faham masyarakat.

16 May 2026 Kesihatan

Dalam sesi ini, kita akan bincangkan: Jom tingkatkan kesedaran dan fahami cabaran pesakit NF1 dengan lebih dekat ❀️ πŸ”” WAJIB daftar melalui 2 kaedah: Google Form πŸ‘‰ https://forms.gle/1pdoTFsqsjV2cH3C9 NES (MCMC) […]

Baca lanjut →

NADI MAHIR – Short Learning Series May 2026

1️⃣ Terdapat penambahan SLS iaitu pada:21.05.2026 – MAHIR MASAK EDISI AIDILADHA 2026 BERSAMA CHEF FLORENCE TAN: DAGING MASAK ROS & KUIH BONGKONG 2️⃣ Tajuk SLS untuk 25.05.2026 juga sudah dimasukkan […]

Baca lanjut →

Perkhidmatan Pintar di NADI Minggu 3 Bulan May

#ProgramNADI #KomunitiDigital #LiterasiDigital #KeselamatanSiber #CybersecurityMalaysia #EkelasUsahawan #DILEA #KelasMahir #EsportsMalaysia #MalaysiaMadani

Baca lanjut →

πŸš€ TINY TECHIES 2026 | Robotic Innovation S2

KELAS MEI Q2 (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur 🟑 Robotic Innovation S2Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif πŸ—“οΈ 16 Mei […]

Baca lanjut →

πŸš€ TINY TECHIES 2026 | Python in Animation S2

KELAS MEI Q2 (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur 🟑 Python in Animation S2Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif secara mudah dan menyeronokkan […]

Baca lanjut →

πŸ“’ WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMATπŸ€– AI BIJAK: FOMO vs SAFE?

πŸ“… Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagiπŸ’» Platform: Atas talian (NADI Book)πŸ”— Pautan: https://nadibook.my πŸ” Topik Webinar: πŸ“Œ Setiap NADI WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 5 orang […]

Baca lanjut →

πŸ“’ WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS – EDISI 9 πŸ“’

Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! 🌟 Adakah anda ingin meningkatkan prestasi dalam peperiksaan tetapi tidak pasti teknik belajar yang betul? Ingin tahu strategi berkesan untuk memperoleh keputusan yang lebih […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya