Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

🔐 “Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar”

Assalamualaikum / Salam Sejahtera, 📢 JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR ON DEMAND Ingin tahu bagaimana scammer boleh mengakses akaun bank mangsa tanpa disedari?Jom sertai webinar ini untuk memahami taktik scam terkini serta […]

Baca lanjut →

Python in Animation S2 -TINY TECHIES

14 May 2026 Aktiviti Semasa

TINY TECHIES 2026 KELAS MEI Q2 (ATAS TALIAN) Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur Python in Animation S2 Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif […]

Baca lanjut →

Robotic Innovation S2 – TINY TECHIES

TINY TECHIES 2026 KELAS MEI Q2 (ATAS TALIAN) Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur Robotic Innovation S2 Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara […]

Baca lanjut →

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT AI BIJAK: FOMO vs SAFE? Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu) Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi Platform: Atas talian (NADI Book) Pautan: https://nadibook.my Topik Webinar: * […]

Baca lanjut →

Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar” – Cybersecurity

JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR ON DEMAND “Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar” Ingin tahu bagaimana scammer boleh mengakses akaun bank mangsa tanpa disedari? Jom sertai webinar ini untuk memahami taktik […]

Baca lanjut →

EKELAS MAXIS MAY 2026

Modul 3: AI untuk Mencipta Kandungan Tarikh: Jumaat, 15 Mei 2026 Masa: 10:00 pagi – 11:00 pagi Lokasi: Zoom Pautan Pendaftaran Webinar: bit.ly/eku150526am

Baca lanjut →

JADUAL EKELAS MAXIS MAY 2026

Modul 1: Strategi Pemasaran Digital Tarikh: Khamis, 14 Mei 2026 Masa: 10:00 pagi – 11:00 pagi Lokasi: Zoom Pautan Pendaftaran Webinar: bit.ly/eku140526am

Baca lanjut →

JADUAL EKELAS MAXIS MAY 2026

Modul 2: Asas Visual KomunikasiTarikh: Khamis, 14 Mei 2026Masa: 2:00 petang – 3:00 petangLokasi: ZoomPautan Pendaftaran Webinar: bit.ly/eku140526pm

Baca lanjut →

LIVE WEBINAR 13 & 14 (PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN)

📅 Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)⏰ Masa: 10.00 – 12.00 tengahari KUMPULAN 1Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang PEMASARAN (10.00 pagi – 11.00 pagi)👩‍🏫 Tenaga Pengajar: Syerie Noer Hidayaty […]

Baca lanjut →

🔥 JANGAN LUPA KELAS OPEN TUITION SAINS & PENGAJIAN AM KHAMIS INI! 🔥

12 May 2026 Pendidikan

Untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 6!Fakta Sains mudah lupa? Konsep tak jelas? Atau nak kukuhkan penguasaan isu semasa untuk Pengajian Am? 🤔 Jom sertai Open Tuition bersama NADI Tuisyen […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya