Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
MAKAN SIHAT? Belum tentu bebas gula | S127
Rasa dah makan sihat tapi berat tak turun? Hati-hati, produk “Diet” & “Low Fat” ada gula tersembunyi. Tonton tips ini 👉🏻 : https://youtube.com/shorts/tQQ_m7lc3zI?si=c3EbqlH_O9gdw0iC 🔔 WAJIB daftar melalui 2 kaedah: Google […]
📢 GUIDANCE TUITION 7 MEI 2026: TINGKATAN 4 📢
Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus! Sila rujuk lampiran jadual untuk sesi pada 7 Mei 2026: 📍 ZON A (Kedah, Kelantan, […]
🔥 OPEN TUITION BAHASA MELAYU KHAMIS INI! 🔥
Untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5! Nak tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu?Susah faham format soalan atau bina ayat dengan betul? 🤔 Jom sertai Open Tuition bersama NADI Tuisyen Rakyat!Kelas ini […]
📢 GUIDANCE TUITION 8 MEI 2026: TINGKATAN 4 & 5 📢
Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4 dan 5, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus! Sila rujuk jadual sesi seperti berikut: TINGKATAN 4 📍 ZON B (Johor, KL, […]
📢 WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS – EDISI 8 📢
Hello pelajar Tingkatan 1 hingga 3! 🌟 Adakah anda ingin meningkatkan prestasi dalam peperiksaan tetapi tidak pasti teknik belajar yang betul? Ingin tahu cara menjawab soalan dengan lebih tepat dan […]
NADI WELLBEING CARE : SKIP SARAPAN : BAHAYA ATAU OK? S128
Skip sarapan untuk kurus… tapi kenapa perut makin sakit, kepala pening, dan lunch jadi “revenge eating”? 😵💫 Dalam video ni, kita kongsikan apa yang jadi pada badan bila selalu skip […]
JUMLAH AHLI NADI KAMPUNG BUDU
JUMLAH KEAHLIAN : NADI Kg.Budu telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2013. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Kg.Budu. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah […]
LANGKAH PENCEGAHAN AWAL ADALAH KUNCI KEPADA PERLINDUNGAN YANG BERKESAN
Persekitaran digital hari ini membuka ruang interaksi yang luas, namun turut mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai ancaman tersembunyi sekiranya tiada kawalan dan pemantauan yang sewajarnya. Bagi pengguna bawah 16 tahun, keupayaan […]
NADI x Cybersecurity Lifelong Learning
JEMPUTAN KE LIVE WEBINAR NADI x Cybersecurity Lifelong Learning Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Anda dijemput menyertai webinar khas bertajuk: “BAGAIMANA AKAUN BANK ANDA DI CURI TANPA SEDAR” Webinar ini akan […]


