Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
WELLBEING CARE: REALITY SEORANG CARETAKER
Podcast kali ini menyambung perkongsian Puan Faezah, seorang caretaker yang berkongsi realiti menjadi penjaga utama warga emas β bukan sekadar menjaga keperluan harian, tetapi turut berdepan cabaran emosi, keletihan fizikal, […]
Apabila Kehilangan Menjadi Kebimbangan: Memahami Hubungan Antara Grief dan Anxiety | P081
Dalam episod kali ini, Studio Sihat bawakan topik yang jarang dibincangkan, iaitu realiti yang jarang diperkatakan β bagaimana grief (duka) boleh berubah menjadi anxiety (kebimbangan). Apa yang dibincangkan? β Kenapa […]
Cara Guna Cardio Machine Dengan Betul | Dos & Donβts Untuk Beginner | E087
Nak mula guna treadmill tapi tak pasti cara yang betul? Dalam episod ini, kami tunjukkan panduan lengkap untuk anda bersenam dengan lebih selamat & efektif. π― Fokus:βοΈ Teknik berjalan vs […]
MAKAN SIHAT? Belum tentu bebas gula | S127
Rasa dah makan sihat tapi berat tak turun? Hati-hati, produk βDietβ & βLow Fatβ ada gula tersembunyi. Tonton tips ini ππ» : https://youtube.com/shorts/tQQ_m7lc3zI?si=c3EbqlH_O9gdw0iC π WAJIB daftar melalui 2 kaedah: Google […]
π’ GUIDANCE TUITION 7 MEI 2026: TINGKATAN 4 π’
Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus! Sila rujuk lampiran jadual untuk sesi pada 7 Mei 2026: π ZON A (Kedah, Kelantan, […]
π₯ OPEN TUITION BAHASA MELAYU KHAMIS INI! π₯
Untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5! Nak tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu?Susah faham format soalan atau bina ayat dengan betul? π€ Jom sertai Open Tuition bersama NADI Tuisyen Rakyat!Kelas ini […]
π’ GUIDANCE TUITION 8 MEI 2026: TINGKATAN 4 & 5 π’
Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4 dan 5, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus! Sila rujuk jadual sesi seperti berikut: TINGKATAN 4 π ZON B (Johor, KL, […]
π’ WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS β EDISI 8 π’
Hello pelajar Tingkatan 1 hingga 3! π Adakah anda ingin meningkatkan prestasi dalam peperiksaan tetapi tidak pasti teknik belajar yang betul? Ingin tahu cara menjawab soalan dengan lebih tepat dan […]


