Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
MAHIR JAHIT – SHORT LEARNING SERIES!
MAHIR JAHIT – SHORT LEARNING SERIES! Jom Jahit Scrunchie Comel & Mudah! Nak belajar cara paling simple untuk hasilkan scrunchie DIY yang cantik & boleh dijual? Jom join sesi 30 […]
MAHIR PERTANIAN PINTAR – SHORT LEARNING SERIES!
MAHIR PERTANIAN PINTAR – SHORT LEARNING SERIES! Topik: Pemasangan & Fungsi Water Quality Tester Jom sertai sesi ringkas yang padat tentang langkah mudah untuk set-up alat pengujian kualiti air dan cara […]
JEJAK DIGITAL – Jejakmu di Alam Maya, Kekal Selamanya!
JOM SERTAI WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT! TOPIK: JEJAK DIGITAL – Jejakmu di Alam Maya, Kekal Selamanya! Tahukah anda, setiap tindakan di internet meninggalkan jejak digital yang boleh dikesan? Ketahui cara […]
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KG BUDU SEMPENA DEEPAVALI
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA Dimaklumkan bahawa NADI Kampung Budu akan ditutup pada 20 Oktober 2025 (Isnin) sempena Deepavali ,Operasi akan kembali berjalan seperti biasa pada hari berikutnya. Sekian, harap maklum.


