Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
KISAH KEJAYAAN – PROGRAM PERKHIMATAN PINTAR NADI (SITI NURMAIZATUL AKMAL BINTI MOHD YUZMI)
Nama Peserta : SITI NURMAIZATUL AKMAL BINTI MOHD YUZMI Umur : 26 Tahun Tahun Keahlian : 2025 LATAR BELAKANG PESERTA Puan Siti Nurmaizatul Akmal binti Mohd Yuzmi merupakan salah seorang […]
KEUSAHAWANAN – SARLINA BINTI RAMLI
Nama Peserta : SARLINA BINTI RAMLI Umur : 39 Tahun Tahun Keahlian : 2020 PRODUK : KRAF ANYAMAN KAIT & JAHITAN LATAR BELAKANG Sarlina Binti Ramli, 39 tahun, merupakan usahawan […]
KISAH KEJAYAAN – PROGRAM PERKHIMATAN PINTAR NADI (ALYEEFA ANTASHA BINTI ZAIDI)
Nama Peserta : ALYEEFA ANTASHA BINTI ZAIDI Umur : 17 Tahun Tahun Keahlian : 2024 LATAR BELAKANG PESERTA Alyeefa Antasha merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil […]
WEBINAR KIS: DEEPFAKE & AI – Jangan Mudah Tertipu di Alam Maya!
JOM SERTAI WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT! TOPIK: DEEPFAKE & AI – Jangan Mudah Tertipu di Alam Maya! Hasil manipulasi teknologi Deepfake & AI yang kini semakin sukar dibezakan dengan yang […]
WEBINAR KIS :Penipuan Pembelian Dalam Talian
JOM SERTAI WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT! TOPIK: Penipuan Pembelian Dalam Talian – Tawaran Rendah Hanyalan Umpan, Wang Anda Jadi Sasaran! Penipuan pembelian dalam talian kini semakin berleluasa dan sukar dikesan! […]
LAPORAN AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2025
AKTIVITI 1 : ADVOKASI – KEMPEN INTERNET SELAMAT (SK. KERAMBIT) TARIKH : 03 SEPTEMBER 2025 MASA : 10.00 PAGI – 12.00 T/HARI LOKASI […]
PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI 10 KINI DIBUKA!
_Video on Demand – Revision Video_ khas untuk anda ! Tarikh : 6-12 Oktober 2025 Waktu: Fleksibel – ikut jadual anda sendiri! Akses rakaman kelas dan boleh ulang tayang sepuas hati! Rakaman […]


