Utama
NADI KG BUDU yang beralamat Bangunan Balai JKKK Kg Budu ,Benta merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Kluster Lipis yang telah beroperasi sejak 2013 sehingga sekarang. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).
OBJEKTIF PENUBUHAN NADI antaranya ialah menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan,memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet,meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Selain itu, dengan adanya NADI,jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan dan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)
MAKLUMAN LANJUTAN PENUTUPAN PUSAT INTERNET KOMUNITI KG BUDU
**MAKLUMAN LANJUTAN PENUTUPAN PUSAT INTERNET KOMUNITI KG BUDU SELARAS DENGAN SOP PKP 3.0 – TOTAL LOCKDOWN FASA KEDUA DARI 15 JUN 2021 HINGGA 28 JUN 2021
Laporan Aktiviti Mei 2021 – Kelas ICT MS Publisher (Kad Ucapan) & Keselamatan di Internet
Tarikh :27 – 28 Mac 2021 (Sabtu – Ahad) Masa : 3.00 Petang – 6.00 Petang Lokasi : Pusat Internet ,Kg.Budu Peserta : Ahli Pusat Internet Tujuan: […]


