Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
Laporan Aktiviti Ogos 2018 : Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan Bersama Murid Pra Sekolah SK Budu
Tarikh : 29 Ogos 2018 Masa : 9.00 am – 12.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Murid Pra Sekolah Tujuan : […]
Laporan Aktiviti Ogos 2018 : Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan
Tarikh : 18 Ogos 2018 Masa : 3.00 pm – 5.50 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Tujuan : Sempena […]
Laporan Aktiviti Julai 2018 :Pertandingan Kuiz Advokasi Jawab Dan Menang
Tarikh : 20 Julai 2018 Masa : 3.30 – 5.00 Petang Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Tujuan : Pertandingan Kuiz Advokasi ini […]
Laporan Aktiviti Julai 2018 :Dashboard Komuniti & Kuiz Dashboard Komuniti
Tarikh : 21 Julai 2018 Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Tujuan : Kelas Dashboard Komuniti […]
Awareness : HFMD
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa […]
CELIK IT – SUKU KEDUA 2018
CELIK IT Nama: Munisah Binti Md.Isa Umur: 51 Tahun Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet Latar belakang Puan Munisah bekerja di Mahkamah Majistret Raub. Sebelum ini kerja beliau tidaklah […]


