Utama
NADI KG BUDU yang beralamat Bangunan Balai JKKK Kg Budu ,Benta merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Kluster Lipis yang telah beroperasi sejak 2013 sehingga sekarang. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).
OBJEKTIF PENUBUHAN NADI antaranya ialah menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan,memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet,meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Selain itu, dengan adanya NADI,jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan dan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)
KEUSAHAWANAN 2 – SUKU PERTAMA 2020
KEUSAHAWANAN Nama: Siti Zawani Binti Muhd Noor Umur: 32 Tahun Usahawan: Menjalankan perniagaan dan perusahaan gula kabung Latar belakang Puan Zawani merupakan anak kehaliran Negeri Kelantan berhijrah ke Kg […]
KEUSAHAWANAN – SUKU PERTAMA 2020
KEUSAHAWANAN Nama: Suhana binti Mohd Nadzir Umur: 39 Tahun Usahawan: Menjalankan perniagaan kuih muih tradisional,Gerai makanan bermasak Islam dan menyediakan perkhidmatan Katering Latar belakang Puan Suhana merupakan Graduan Ijazah […]
Notis Penutupan sementara PKP Fasa Ke-4
Notis Penutupan sementara Penutupan Pusat Internet Kg.Budu telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 (Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke-4). WIFI Komunit turut ditutup sepanjang tarikh tersebut.Harap Maklum,Terima Kasih.
Pastikan anda tidak menyebarkan berita/maklumat palsu
Pastikan anda tidak menyebarkan berita/maklumat palsu. Sila praktikkan amalan SURE terlebih dahulu. S – SOURCE (Lihat sumber berita. Adakah boleh dipercayai?U – UNDERSTAND (Fahamkan apa yg kita baca. Cari fakta. […]
Laporan Aktiviti Feb 2020 – KUIZ RODA KDB E-LEARNING
Tarikh : 13 Mac 2020 (Jumaat) Masa : 4.00 Petang – 6.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Tujuan: 1. Untuk menguji […]


