Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
Laporan Aktiviti Okt 2018 : Klik Dengan Bijak (Buli Cyber Dan Maklumat Palsu)
Tarikh : 3 Oktober 2018 Masa : 11.00 pm – 12.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Kemahang Tujuan : Memberi […]
Laporan Aktiviti Okt 2018 : Program Advokasi Bersama SK Budu
Tarikh : 5 Oktober 2018 Masa : 9.00 pm – 12.00 pm Lokasi : S.K Budu Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Budu Tujuan : Program […]
Laporan Aktiviti Sept 2018 : Bengkel ICT Emel Dan Kepenggunaan Siri 2
Tarikh : 23 September 2018 Siri 2 Masa : 9.00 pm – 1.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah (Lelaki) Tujuan : Memberi […]
Laporan Aktiviti Sept 2018 : Bengkel ICT Emel Dan Kepenggunaan Siri 1
Tarikh : 22 September 2018 Masa : 9.00 pm – 1.00 pm Lokasi : PI Kg.Budu Peserta : Pelajar Sekolah (Perempuan) Tujuan : Memberi […]
CELIK IT – SUKU KETIGA 2018
CELIK IT Nama: Nurmaszieha Binti Zulkafli Umur: 22 Tahun Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet Latar belakang Nurmaszieha merupakan seorang lepasan sekolah menengah dan bekerja sebagai pembantu kedai di pecan […]
KEUSAHAWANAN 2 – SUKU KETIGA 2018
KEUSAHAWANAN Nama: Noor Hanizza Binti Ibrahim Umur: 36 Tahun Usahawan: Kek dan Aiskrim Malaysia Latar belakang Puan Noor Hanizza pada awalnya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kini dia telah […]
KEUSAHAWANAN – SUKU KETIGA 2018
KEUSAHAWANAN Nama: Diana Binti Tajudin Umur: 34 Tahun Usahawan: Pengusaha Dadih Fruity Latar belakang Puan Diana pada awalnya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Setelah suaminya berhenti kerja di sebuah syarikat perlombongan, […]


