Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
LAPORAN AKTIVITI BULAN JUN 2026
1. Preneur & EMPOWERHER Tarikh Masa Tempat Peserta 11, 12, 25 & 26 Jun 2026 Mengikut sesi Atas Talian Komuniti Objektif:Meningkatkan pengetahuan usahawan dalam aspek pemasaran, operasi perniagaan serta strategi […]
WEBINAR BERKALA SEJARAH – EDISI 5
📢 WEBINAR BERKALA SEJARAH – EDISI 5 📢 Hello pelajar! 🌟 Jom sertai Webinar Berkala Sejarah – Edisi 5 dan kuasai Strategi Menjawab Kertas Peperiksaan dengan lebih mudah dan berkesan! […]
WELLBEING CARE: Ketiak selalu basah walaupun tak panas, tak bersenam dan tak buat kerja berat?
Ini mungkin bukan peluh biasa. Dalam video kali ini, kita bincangkan tentang hyperhidrosis — keadaan di mana badan berpeluh secara berlebihan melebihi keperluan normal untuk mengawal suhu badan. Peluh berlebihan […]
NADIPRENEUR & EMPOWERHER LIVE WEBINAR 29 & 30 (PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN)
📅 Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)⏰ Masa: 10.00 – 12.00 tengah hari KUMPULAN 1Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang PEMASARAN (10.00 pagi – 11.00 pagi)OPERASI PERNIAGAAN (11.00 pagi – […]
CYBERSECURITY: DEEPFAKE & AI SCAM : BILA MUKA DAN SUARA ANDA DIPALSUKAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 9 JULAI 2026 yang bertajuk DEEPFAKE & AI SCAM : BILA MUKA DAN SUARA ANDA DIPALSUKAN . Butiran […]
📢 MAKLUMAN KELAS NADI E-SUKAN (LMS)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan bahawa kelas kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 🔹 Membina Mentaliti Juara: Menghadapi Kemenangan & Kekalahan📅 Tarikh: 10 – 13 Julai […]
WELLBEING CARE: “Tekanan dalam Lensa Psikologi: Kenali Stres & Bina Daya Tahan Diri”
Tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi cara kita menguruskannya menentukan kesejahteraan diri 💜 Jom sertai webinar “Tekanan dalam Lensa Psikologi: Kenali Stres & Bina Daya Tahan Diri” bersama Alvin Dan […]


