Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

πŸ“’ ENGLISH PROFICIENCY 6-12 JULAI 2026 πŸ“’

7 July 2026 DILEA

Khas untuk pelajar Guidance Tuition! Nak mantapkan penguasaan grammar Bahasa Inggeris anda? Minggu ini kita akan fokus kepada salah satu asas tatabahasa yang paling penting. Jangan lepaskan peluang untuk belajar […]

Baca lanjut →

NADI TUISYEN RAKYAT: πŸ“’βœ¨ PENDAFTARAN SIRI VIDEO PENDEK – EDUTIPS SIRI 1 KINI DIBUKA!

🎬 Program Khas – Siri Video Pendek khas untuk anda!πŸ“… Tarikh : 6-12 Julai 2026⏰ Waktu: Fleksibel – tonton bila-bila masa ikut jadual anda sendiri! πŸ’‘ Siri 1: Rahsia Fokus […]

Baca lanjut →

WELLBEING CARE: Kencing pedih tapi malu nak cakap?

6 July 2026 Kesihatan

Jangan tunggu sampai demam baru nak check. Kencing pedih boleh jadi salah satu tanda jangkitan saluran kencing atau UTI, terutama jika disertai rasa terbakar ketika membuang air kecil, kerap rasa […]

Baca lanjut →

πŸ“’βœ¨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI 49 KINI DIBUKA!

βœ… Video on Demand – Revision Video khas untuk anda !πŸ“… Tarikh : 6-12 Julai 2026⏰ Waktu: Fleksibel – ikut jadual anda sendiri! πŸŽ₯ Akses rakaman kelas dan boleh ulang […]

Baca lanjut →

Kidprenuer: PELAN PERNIAGAAN MINI 1

5 July 2026 Keusahawanan

RAKAMAN WEBINAR;https://form.nadiusahawan.com/kv-rw-19 VIDEO PEMBELAJARAN;https://form.nadiusahawan.com/kv-v-19

Baca lanjut →

πŸ“… Jadual Aktiviti NADI Kidsventure – Julai 2026

Untuk rujukan para peserta, berikut adalah jadual lengkap aktiviti NADI Kidsventure 2026 bagi bulan Julai. Jika anak tuan/puan belum mendaftar Program NADI Kidsventure, klik pada pautan ini πŸ‘‰ https://form.nadiusahawan.com/kv-reg

Baca lanjut →

TUISYEN RAKYAT : GUIDANCE ACTIVITY-SIRI 1: TINGKATAN 4 & 5

3 July 2026 Aktiviti Semasa

πŸ“’ GUIDANCE ACTIVITY-SIRI 1: TINGKATAN 4 & 5 πŸ“’ Komitmen anda adalah kunci kejayaan! Demi memastikan kecemerlangan akademik anda, semua pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4 dan 5 amat digalakkan dan […]

Baca lanjut →

KIDSVENTURE LIVE WEBINAR 19

KIDSVENTURE LIVE WEBINAR 19 (PELAN PERNIAGAAN MINI 1)πŸ“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00 – 11.30 pagi KUMPULAN 1Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang πŸ‘©β€πŸ« Tenaga Pengajar: Encik […]

Baca lanjut →

E-SUKAN : Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan

πŸ”Ή Pengurusan Emosi Semasa PertandinganπŸ“… Tarikh: 03 – 07 Julai 2026 (Jumaat – Selasa)⏰ Masa Akses: 8.00 pagi – 6.00 petangπŸ“ Platform: LMS NADI E-Sukan

Baca lanjut →

TINY TECHIES 2026: Robotic Innovation S4

πŸš€ TINY TECHIES 2026 KELAS JULAI Q3 (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur 🟑 Robotic Innovation S4Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya