Utama
NADI KG BUDU yang beralamat Bangunan Balai JKKK Kg Budu ,Benta merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Kluster Lipis yang telah beroperasi sejak 2013 sehingga sekarang. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).
OBJEKTIF PENUBUHAN NADI antaranya ialah menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan,memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet,meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Selain itu, dengan adanya NADI,jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan dan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)
Lapor kandungan sensitif berbaur 3R (religion, race & royalty)
Marilah kita memupuk semangat muhibah dan hargailah keamanan dan perpaduan negara kita. Lapor kandungan sensitif berbaur 3R (religion, race & royalty) kepada pihak MCMC. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.Bersatu hati, tangani […]
Notis Penutupan Sementara Berikutan Wabak Covid-19
Berikutan pandemik Covid-19 di negara dan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, maka Pusat Internet akan ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020 di seluruh negara. Keputusan […]


