Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
CELIK IT – SUKU PERTAMA 2018
CELIK IT Nama: Aiman Hakim Bin Shamsudin Umur: 15 Tahun Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet Latar belakang Aiman Hakim Bin Shamsudin merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sek Men […]
KEUSAHAWANAN 2 – SUKU PERTAMA 2018
KEUSAHAWANAN Nama: Norhazliyani Binti Husin Umur: 23 Tahun Usahawan: Tudung Atas Talian Latar belakang Norhazliyani merupakan seorang beliawanis yang mencari pekerjaan tetap tetapi masih belum menerima sebarang tawaran. Jadi, beliau […]
KEUSAHAWANAN – SUKU PERTAMA 2018
KEUSAHAWANAN Nama: Puan Noranisah Binti Abd Manaf Umur: 42 Tahun Usahawan: Rempah Kerutuk Latar belakang Puan Noranisah merupakan seorang pembantu am di SK Budu. Beliau telah mengusahakan rempah gulai kerutuk […]
Laporan Aktiviti Feb 2018 – Program Cergas Minda Pusat Sumber KEMAS Budu
Tarikh : 15 Feb 2018 Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PI Kg.Budu & Dewan Kg.Budu Peserta : Komuniti Mukim Budu Tujuan : […]
Laporan Aktiviti Feb 2018 – Program Gotong Royong K1M Mukim Budu Bersama Jabatan Warisan Negara
Tarikh : 13 Februari 2018 Masa : 9.00 a.m – 11.00 pm Lokasi : Anjung Dewan Kg.Budu Peserta : 25 Orang Tujuan : Membersihkan kawasan […]


