Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
HARI PENJURIAN PERTANDINGAN KECERIAN ANJUNG MERDEKA PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh : 04 September 2017 (Isnin) Masa : 9.00am – 6.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : KIM Mukim Budu Tujuan : Program […]
LAPORAN KELAS LATIHAN MS POWER POINT DAN MP3 CONVERTER
Tarikh : 15 September 2017 (Jumaat) Masa : 3.30am – 4.30pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 10 Orang Tujuan : Melatih murid-murid sekolah menjadi […]
CELIK IT – SUKU KETIGA 2017
CELIK IT Nama: Nik Muhammad Noor Iskandar Bin Abdul Razak Umur: 18 Tahun Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet Latar belakang Nama beliau ialah Nik Muhammad Noor Iskandar Bin […]
KEUSAHAWANAN – SUKU KETIGA 2017
KEUSAHAWANAN Nama: Nora Suhaida Azlin Bin Mohamad Umur: 41 Tahun Usahawan: Menjual barangan kemas secara online dan offline. Latar belakang Puan Nora Suhaida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan membuat […]
KEUSAHAWANAN 2- SUKU KETIGA 2017
KEUSAHAWANAN Nama: Haji Azahari Bin Sabudin Umur: 65 Tahun Usahawan: Jualan Sambal hitam,Lemang & Dodol Latar belakang Haji Azahari merupakan seorang pesara polis dan merupakan pengusaha makanan setempat […]
CELIK IT – SUKU KEDUA 2017
CELIK IT Nama: Muhammad Shaffie Bin Roslizan Umur: 18 Tahun Celik IT: Belajar Ms.Office ,Movie maker & Internet Latar belakang Nama beliau ialah Muhammad Syaffie Bin Roslizan. Berumur 17 […]
KEUSAHAWANAN 2- SUKU KEDUA 2017
KEUSAHAWANAN Nama: Nur Ummirah Binti Abd Aziz Umur: 18 Tahun Usahawan: Jualan dropship dan jualan pakaian (tudung, baju tshirt, skirt dan seluar) secara kecilkecilan di sekolah dan kawasan sekitar. Latar […]


