Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
KEUSAHAWANAN- SUKU KEDUA 2017
KEUSAHAWANAN Nama: Puan Aziah Binti Harun Umur: 44 Tahun Usahawan: Pengusaha Gula Kabung Latar belakang Puan Aziah merupakan seorang Guru Tabika KEMAS dan membuat penjualan gula kabung […]
KEUSAHAWANAN- SUKU PERTAMA 2017
KEUSAHAWANAN Nama: Norazwa Binti Shahidun Umur: 33 Tahun Usahawan: Kuih-Muih Latar belakang Puan Norazwa merupakan suri rumah dan telah menetap di Kampung Budu,Benta. Beliau menjalankan peniagaan menjual kuih-muih […]
KEUSAHAWANAN 2- SUKU PERTAMA 2017
KEUSAHAWANAN Nama: Norhamizah Binti Rahman Umur: 56 Tahun Usahawan: Gubahan Bunga dan Hiasan Kreatif. Latar belakang Puan Norasana merupakan guru KEMAS di benta dan beliau telah mengusahakan perniagaan gubahan […]
CELIK IT – SUKU PERTAMA 2017
CELIK IT Nama: Norhamizah Binti Abdullah Umar Umur: 35 Tahun Celik IT: Belajar Internet dan Menaip Latar belakang Nama beliau ialah Puan Hamizah Binti Abdullah Umar. Beliau bekerja sebagai […]
LAPORAN KELAS LATIHAN MS.POWER POINT TEMA KEMERDEKAAN
Tarikh : 12 Ogos 2017 (Sabtu) Masa : 9.00am – 10.00pm Lokasi : Pi1m Kg.Budu, Kuala Lipis Peserta : 6 Orang Tujuan : Melatih murid-murid sekolah […]
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM BUDU SIRI 5
Tarikh : 28 Ogos 2017 (Isnin) Masa : 9.30am – 12.30pm Lokasi : Kompleks Balai Raya Mukim Budu Peserta : Ahli Jawatankuasa K1M Mukim Budu […]


