Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)
Email: m.kgbudu@tm.nadi.my
2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)
Email: am.kgbudu@tm.nadi.my
Alamat Portal
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.
Neurofibromatosis: Penyakit Genetik Jarang Jumpa (Rare Disease) | W146
Neurofibromatosis ialah penyakit genetik jarang jumpa yang boleh memberi kesan kepada kulit, saraf dan perkembangan seseorang. Sertai webinar hari ini bersama, Dr Muzhirah Aisha Binti Md Haniffa, Pakar Perunding Kanak-Kanak […]
PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2026
Pelaksanaan Program NADI Keusahawanan – Pencarian Ikon Usahawan NADI 2026 bagi Suku Tahun Kedua (Q2) telah bermula pada 1 April 2026. Program ini diteruskan pada bulan Mei dengan pelaksanaan aktiviti […]
📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI 41 KINI DIBUKA!
✅ Video on Demand – Revision Video khas untuk anda !📅 Tarikh : 11-16 Mei 2026⏰ Waktu: Fleksibel – ikut jadual anda sendiri! 🎥 Akses rakaman kelas dan boleh ulang […]
Hantavirus: Jangan Guna Penyapu Kalau Nampak Najis Tikus! | S129
🚨 AWAS! Ramai selalu buat kesilapan ni masa kemas stor atau rumah. Bila jumpa najis tikus kering kat lantai, kita selalunya akan terus ambil penyapu dan sapu bersih, kan? 😱 […]
🔥 OPEN TUITION SEJARAH ISNIN INI! 🔥
Untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5! Nak tingkatkan penguasaan subjek Sejarah?Masih keliru dengan fakta penting, teknik menjawab soalan KBAT atau cara mengingat topik dengan lebih mudah? 🤔 Jom sertai […]
Kemudahan Asas
KEMUDAHAN ASAS MUKIM BUDU Sesuatu penempatan tidak akan lengkap dan selesa tanpa kemudahan asas serta prasarana infrastruktur yang mencukupi. Mukim Budu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan harian penduduk. […]


