Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Budu :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg.Budu :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang  Rehat 
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 


Nama Petugas 

1. Mazlinda Mukhtar ( Pengurus)

Email: m.kgbudu@tm.nadi.my

2. Nabilah Binti Johari ( Penolong Pengurus)

Email: am.kgbudu@tm.nadi.my

Alamat Portal

http://kgbudu.naditm.my/

Facebook

https://www.facebook.com/NADIKAMPUNGBUDU

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Budu
Balai JKK Kg Budu
27310 Benta,
Pahang.

Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu 

10 May 2026 Aktiviti Semasa

Dalam setiap langkah kejayaan, pasti ada seorang ibu yang sentiasa berdiri teguh di belakang, memberi sokongan tanpa henti. Terima kasih atas segala pengorbanan, doa dan kasih sayang yang tidak pernah […]

Baca lanjut →

📢 MAKLUMAN KELAS NADI E-SUKAN (LMS)

8 May 2026 Aktiviti Semasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan bahawa kelas kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 🔹 Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal Konsisten📅 Tarikh: 08 – 10 Mei […]

Baca lanjut →

KIDSVENTURE LIVE WEBINAR 13 (PELAN PERNIAGAAN MINI 1)

📅 Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00 – 11.30 pagi KUMPULAN 1Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang 👩‍🏫 Tenaga Pengajar: Izzah Azura🎤 Host: SSO Keusahawanan🔗 Pautan Google Meet: […]

Baca lanjut →

POGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN

🏃‍♂️ Teruskan Momentum Sihat Selepas Ramadan! Salam Sejahtera buat semua warga NADI, Tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan Cabaran Sihat Ramadan! Kami sangat bangga melihat semangat dan disiplin yang […]

Baca lanjut →

Gaya Hidup Aktif : Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum | W145

Nak mula hidup sihat tapi tak tahu dari mana nak bermula? Dalam live webinar hari ini, kita akan bincangkan tentang kepentingan gaya hidup aktif untuk kesihatan tubuh, kawalan berat badan […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI BULAN APRIL 2026

1. Preneur & EMPOWERHER Tarikh Masa Tempat Peserta 21 April 2026 1 Jam Atas Talian Komuniti Objektif:Meningkatkan kefahaman peserta mengenai strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan yang berkesan. Aktiviti / Perlaksanaan: […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya